Welcome to Princess Aesya's blog | Dashboard | +Follow
Princess Aesya
It's me...






Travel this

Story About Facebook & Twitter


SingAsong



My Love

with xiao kim

with Syed Amiruddin & Lucya

with Anna Dyna & xiao kim

with Xiao kim

Monday, December 27, 2010 | 4:42 AM | 0 Love


Di Antara Hati , Aku dan Kamu


Andainya lelaki tahu

Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahu

Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu

Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh

Kerana andainya lelaki tahu

Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah

blogger-emoticon.blogspot.com ^^ blogger-emoticon.blogspot.com


Older Post | Newer Post